Resepi biskut pisang untuk bayi 7m+

Isnin, Julai 29, 2019 4 Komen


Assalamualaikum dan hai para pembaca semua. Seperti dijanjikan semalam aku post di Instagram dan Twitter dan juga Facebook yang aku akan share resepi biskut pisang aku buat.

Semalam ada pisang satu sikat dah masak. Kalau dibiarkan busuk pula nanti. Buat cekodok pisang atau lempeng pisang tu tak boleh simpan pula untuk kudap-kudap si kecil. Kebetulan semalam hari Ahad hari cuti. Cuti-cuti ni aku terasa baik aku buat biskut guna pisang ni. Jadi ni haa... Terjadilah biskutnya.

Aku memang tegaskan makanan berkhasiat dan hanya homemade untuk anakku Alisha sehingga umur 2 tahun. Ini bermakna NO SALT, NO SUGAR, NO ARTIFICIAL, NO SYNTHETIC dan NO UNNATURAL PRESERVATIVES. Bila aku masak sendiri makanan Alisha aku tahu apa bahan-bahan aku letak dan yakin selamat.

Resepi ini memang sesuai untuk bayi berumur 7 bulan ke atas. Ianya cair dimulut. Tapi pastikan bayi itu dah pernah makan pisang ya. Kalau terjadi apa-apa jangan salahkan aku sebab ikut resepi ni seperti dah ternyata dalam DISCLAIMER page aku.


4 Komen:

Aku dan Jamu

Jumaat, Julai 26, 2019 0 Komen


Assalammualaikum dan hai..
Hari ini aku nak bercerita pasal Jamu Tun Teja. Aku ada cerita di Instagram dan Twitter pasal Jamu Tun Teja ni tapi panjang pula ceritanya. Jadi aku cerita di sini. 

JAMU TUN TEJA (MAL18026060T)

Jamu T.Tejaialah minuman herba kesihatan yang telah diklasifikasikan di bawah kategori Farmaseutikal serta diperakui sebagai Natural Product. Ianya sesuai bagi wanita moden kerana Jamu T.Teja™ didatangkan di dalam sachet yang mudah dibawa, supaya pengambilan Jamu harian anda menjadi lebih mudah dan cepat.

MANFAAT Jamu T.Teja


  • Menggalakkan penghasilan susu ibu (Jamu tidak panas)
  • Menambahkan tenaga
  • Merawat dan melembabkan kulit
  • Menstabilkan kitaran haid
  • Meningkatkan kesihatan dalaman wanita
  • Menyingkirkan Toksin
  • Bebas dari Jerawat & Jeragat
  • Merawat keputihan
  • Menurunkan Berat Badan
  • Melawaskan Buang Air Besar
  • Melegakan Sembelit Serius
  • Menghilangkan perut buncit
  • Sesuai utk ibu berpantang
  • Menyuburkan Rahim

BAHAN-BAHAN

Manjakani, Akar Serapat, Acai Berry, Kulit Kayu Manis, Halia Bara, Lada Hitam, Madu Asli, Hyaluronic Acid (HA)

REVIEW AKU

Aku dah mengamalkan Jamu Tun Teja (JTT) ni dah lama dah. Sebelum aku kenal dengan suami aku lagi. Aku kenal suami aku masa tahun 2015. Mungkin aku mula ambil JTT ni dalam tahun 2015 atau sebelum itu.

Sebelum ini mak aku lah suruh aku minum ni ambil ni apa bagai jamu suplemen benda alah tu. Tapi aku malas. Yelah kena bancuh dengan air la shake la apa bagai. Aku bukan minat sangat dengan jamu sebenarnya. Lagipun aku ambil xde apa-apa effect pun.

0 Komen:

Anak Itu

Rabu, Julai 24, 2019 0 Komen


Cerita ni aku karang ketika aku berusia 11 tahun. Nama watak utama iaitu Hamzaidy ini diambil sempena nama kawan rapat aku ketika itu. Begitu juga nama watak-watak yang lain. Cerita ini tiada kena mengena mengenai mereka.

     Hamzaidy seorang sebatang-kara. Dia dan anak-anak yatim piatu yang lain ditangkap oleh penjahat untuk kesenangan hidup mereka sendiri. Mereka diseksa dan didera. Mereka disuruh meminta sedekah dijalanan. Tempat tinggal mereka amat jauh di pendalaman tanpa diketahui oleh sesiapa pun.

     Pada suatu ketika, Hamzaidy tidak tahan lagi tinggal di situ lalu berhasrat untuk melarikan diri. Hamzaidy mengajak rakan-rakannya melarikan diri. “Aku tak sanggup melarikan diri. Nanti kalau pakcik Ismail tahu habislah kita dipukulnya,” kata Rusydi salah seorang rakan Hamzaidy. “Alah, kita keluar diam-diam jangan sampai dia tau,” jawab Hamzaidy semula. “Apa borak-borak ni? Pergi buat kerja. Anak tak guna!” marah pakcik Ismail salah seorang pekerja di situ.

     Pada tepat pukul satu pagi, Hamzaidy sudah bersiap-siap untuk melarikan diri. “Kau tak nak ikutkan? Suka hatilah. Aku pergi seorang,” kata Hamzaidy. “Jaga diri baik-baik. Kami akan melindungi kau sepanjang ketiadaan kau,” kata Jeyaraj juga salah seorang rakan Hamzaidy. “Baiklah Jeyaraj. Terima kasih kawan-kawan. Selamat tinggal,” kata Hamzaidy kepada rakan-rakannya. Hamzaidy keluar senyap-senyap dari tingkap takut pekerja di situ terjaga. Dia berjalan perlahan-lahan menyorok di sebalik pokok. Apabila dalam keadaan selamat Hamzaidy terus berlari keluar. Dia mencari jalan raya yang melalui bandar. Dia mencari-cari sehingga penat lalu berehat di bawah pokok yang berhampiran. Sudah beberapa lama Hamzaidy berehat dia terlelapkan matanya.

     “Woi, bangun-bangun. Bangunlah,” Hamzaidy terdengar suara mengejutkan dia. Sebaik saja Hamzaidy buka mata, dia ternampak seorang lelaki yang sebaya dengannya berdiri di hadapan dan melihat matahari sudah terbit. Lelaki itu berbadan kurus tinggi, memakai topi buruk dengan pakaian yang kotor. “Hai, aku Anep. Kau lapar ke? Aku ada bawakan makanan.” Kata Anep. Tanpa berfikir panjang Hamzaidy terus makan roti sardin  yang dibawa oleh orang yang baru dikenalinya. “Janganlah gelojoh. Aku tau la kau lapar. Kau mahu tinggal bersama kami? Ada banyak kawan-kawan yang tinggal kat sana,” Anep terus menarik Hamzaidy sesudah dia habis makan. “Nama kau siapa?” tanya Anep. “Aku........nama aku Hamzaidy,” jawab Hamzaidy sambil menelan roti sardin tadi. “Mari aku bawa kau kat tempat tinggal aku. Aku tahu jalan shortcut dari sini.”

0 Komen:

Karyaku

Rabu, Julai 24, 2019 0 Komen


Assalammualaikum dan hai. Buat masa sekarang aku ingin memenuhi content blog ini. Aku akan post karya-karya lama aku yang pernah aku tulis zaman persekolahan dulu. Jadi kemungkinan ada kesalahan ejaan dan tatabahasa di situ. Apa yang aku akan kongsi harap jangan ambil serius kerana karya sajak, cerpen, cerita pendek semua itu tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Ianya adalah watak fisyen yang aku reka semata-mata.

Kenapa aku akan post karya aku yang lama? Kenapa tak post karya yang terbaru. Karya tahun 2019? Aku sebenarnya sudah lama berhenti menulis semenjak ada banyak komitment. Selepas aku sudah bekerja aku tidak lagi menulis. Melukis pun sudah jarang sekali. Itupun kalau aku jumpa pen dan kertas didepan mata aku dan masa tu aku tak buat apa-apa. Mungkin masa tu aku akan melukis.

Kini, aku sudah berkahwin. Ada anak seorang. Aku bekerja sebagai seorang Programmer. Lagilah susah aku nak bahagi masa dengan hobi menulis, melukis aku. Kerja sebagai Programmer ini kadang-kadang memerlukan komitment 24jam. Iya lah, Internet kan running 24 hours. So memang aku sentiasa kena prepare to fix any error from website.

Lebih-lebih lagi aku ada juga buat freelance website. Oh, sesiapa nak aku buat website aku bagi harga murah saja sekali bayar lumsum. Boleh dm aku di SINI. Iklan sekejap. Hahah..


Image credit: Designed by Aopsan / Freepik

0 Komen:

Aku sudah kembali

Selasa, Julai 23, 2019 6 Komen


Lama sudah aku tidak menulis. Pada suatu ketika dahulu aku sangat aktif menulis. Menulis novel, sajak, cerpen dan juga blogging. Tapi kini aku dah tidak menulis lagi. Malah buku pun sudah berhabuk tidak dibaca.

Tersentak di hatiku apabila bertemu kembali dengan cikgu sekolah yang menanyakan aku satu soalan.

"Ika menulis lagi tak?"

Telah sekian lama aku meninggalkan sekolah tetapi masih ada cikgu yang mengenal hasil karya aku. Ada juga sahabat yang masih menunggu penamat karya novel aku? Atau ada cerita baru ke untuk di baca?

InsyaAllah aku akan cuba habiskan apa yang aku mulakan. Aku akan kembali menulis.

Teringat zaman bloging dulu. Aku buka folder dalam pc aku terjumpa gambar-gambar lama yang aku gunakan masa dalam blog dulu. Aku masih simpan lagi gambar-gambar itu. Aku terpaksa delete blog aku sebab ada orang salah guna email aku.

Cerita dia begini. Aku bagi email dan password dekat pakcik aku. Sebab dia nak main Clash of Clan (COC) aku punya. Aku punya dah Town Hall 10. Disebabkan komitment aku hadapi aku dah berhenti main COC. Tapi pakcik aku main gila jugalah ngan game tu. Jadi aku bagi lah akaun email aku kat pakcik aku. Tapi tak sangka pulak pakcik aku kena tipu ngan orang dari Indonesia yang katakan dia ingin bagi Gem percuma. Boleh pulak bagi email dan password aku. Habis semua akaun aku tak boleh buka termasuk blog. Nasib baik aku sempat tukar semua password dan email untuk social media aku yang lain.


6 Komen:

Ruang Iklan