Aku sudah kembali

Selasa, Julai 23, 2019 6 Komen


Lama sudah aku tidak menulis. Pada suatu ketika dahulu aku sangat aktif menulis. Menulis novel, sajak, cerpen dan juga blogging. Tapi kini aku dah tidak menulis lagi. Malah buku pun sudah berhabuk tidak dibaca.

Tersentak di hatiku apabila bertemu kembali dengan cikgu sekolah yang menanyakan aku satu soalan.

"Ika menulis lagi tak?"

Telah sekian lama aku meninggalkan sekolah tetapi masih ada cikgu yang mengenal hasil karya aku. Ada juga sahabat yang masih menunggu penamat karya novel aku? Atau ada cerita baru ke untuk di baca?

InsyaAllah aku akan cuba habiskan apa yang aku mulakan. Aku akan kembali menulis.

Teringat zaman bloging dulu. Aku buka folder dalam pc aku terjumpa gambar-gambar lama yang aku gunakan masa dalam blog dulu. Aku masih simpan lagi gambar-gambar itu. Aku terpaksa delete blog aku sebab ada orang salah guna email aku.

Cerita dia begini. Aku bagi email dan password dekat pakcik aku. Sebab dia nak main Clash of Clan (COC) aku punya. Aku punya dah Town Hall 10. Disebabkan komitment aku hadapi aku dah berhenti main COC. Tapi pakcik aku main gila jugalah ngan game tu. Jadi aku bagi lah akaun email aku kat pakcik aku. Tapi tak sangka pulak pakcik aku kena tipu ngan orang dari Indonesia yang katakan dia ingin bagi Gem percuma. Boleh pulak bagi email dan password aku. Habis semua akaun aku tak boleh buka termasuk blog. Nasib baik aku sempat tukar semua password dan email untuk social media aku yang lain.


Jadi itu lah sebabnya aku terpaksa delete aku punya blog iaitu iekapelik.blogspot.com. Ada la seramai 500 lebih follower.
Gambar dari blog lama aku jumpa. Tapi bila 500 lebih follower tu aku tak jumpa pula gambar. tak ada kot.


dan juga karyatiqah.blogspot.com yang mempunyai 200 lebih follower.
yg ke 200 lebih pun tak ada gambarnya.. 

Itupun kalau ada orang ingat lah ngan blog aku tu. Biasa lah blog pasal zaman belajar dulu.. ha.. aku ada simpan juga gambar header blog aku dulu. Dulu aku letak nama 1000 Words. Template blog aku sentiasa bertukar wajah mengikut perayaan di Malaysia.



abaikan browser tab tu. hahah..

Kot la kalau ada orang ingat kan... tu aku sertakan gambar.

BEN ASHAARI

Kenangan berblogging ini dulu banyak. Blog aku follower naik dengan cepat pun selepas abang Ben Ashaari review blog aku. Terima kasih abang Ben. Aku rajin juga join giveaway dan contest yang abang Ben buat.

Aku tak ingat aku cerita pasal apa boleh aku simpan gambar ni kat blog lama. Tapi Inilah dia abang Ben.

YUYU ZULAIKHA

Pastu aku selongkar lah lagi gambar apa yang aku simpan. Aku jumpa gambar Yuyu Zulaikha. Aku ada join contest dia buat. Aku suka follow blog dia. Comel je orangnya. Tak silap aku dulu blog dia tak pakai tudung. Mata bulat gitu. Suka sangat selfie. Ke orang lain. Haha!! Keliru kejap. Pastu dah lama sikit baru pakai tudung. Inilah gambar dia..
blog url tu dah tak ada. Dia guna http://www.yuyuzulaikha.com/

PETI SUARA & HENTAK BERLIPAT

Aku terjumpa gambar Peti Suara dan Hentak Berlipat atau nama sebenar mereka Farah Ilyana dan Hazwan Faiz. Sekarang blog mereka sudah bergabung. Maklumlah dah berkahwin. Aku ada join contest juga..
blog url tu dah tak wujud lagi
Maafkan aku kalau salah orang. Maklumlah gambar lama. Ada sesiapa kenal pasangan ini? Pengasas CalaQisya dan CalaShoes tu. Usahawan berjaya sekarang. Eh, aku ada beli juga buku mereka ini. Beli je tapi baca tak sempat lagi. hahah!! Mereka ini memang tak sombong. Sentiasa senyum. Aku ada follow ig mereka.

Nisa ni actually kawan aku in real life. Kami berjumpa dia Kem Wartawan Muda 2008 agaknya. Tak ingat tahun bila. Kami satu bilik. Aku katil atas dia katil bawah. Aku ada join giveaway dia tapi tak pernah dapat pun.
Kalau Nisa tengok gambar dia mesti tergelak. Gambar masa dulu-dulu.. Aku ada gambar dengan dia. Tapi tak payah lah. gambar tak cantik. Aku ada follow twitter dia.

CIK EPAL

Blogger siapa di Malaysia ni tak kenal Cik Epal. Dia ni famous kalah artis-artis tau. Bersepah media cerita pasal dia dan pasangannya. Oh, aku tak tau suami dia ada blog ke tak sebab aku tak follow suami dia. Tau kenapa kecoh pasal dia. Pasal saman menyaman orang yang suka buat cerita pasalnya. Memang terbaik dia ni. Teguh dengan pendiriannya. Dia punya penulisan pun kelakar wei. Memang asyik nak tergelak.

Cerita Cik Epal ni panjang sikit. Maklumlah tengah news tengah hangat diperkatakan. Orang yang tak follow Cik Epal dan hanya berpandukan gambar-gambar di Instagram memang akan mengata. Orang yang follow kehidupan Cik Epal dari blog, dari zaman universiti. Mesti kagum dengannya. Sudah berjaya macam itu sekali. Ini membuktikan semua orang boleh berjaya.

Isu stroller RM3K yang viral tu. Aku rasa benda remeh saja. Sebab barang keperluan anak. Lebih-lebih lagi nak pakai lama. Aku pun beli set baby cot RM3K. Nak fikir pakai lama harga mahal mesti tahan lama. Opss.. aku dah mention harga pula. Nanti orang kata riak pula. Tapi kan cuba fikir. Kalau beli baby cot yg biasa tu. Dah la kecil. Pastu anak dah besar nak campak mana baby cot tu. So aku beli mahal sebab baby cot tu boleh bertukar jadi katil kanak-kanak. Senang anak aku dah besar dah ada katil. Pastu dia dah tinggi sedikit baby cot tu boleh jadi sofa kat living room. Tak perlu beli banyak kali. Jimat. Aku tak adalah pulak gambar Cik Epal dulu-dulu. Tak simpan pula.

____________________________________________________________________________

So itulah blog kawan-kawan yang dah famous sekarang ini yang aku sudah follow dari dulu. Harap mereka akan terus success. Mereka jugalah membuatkan aku nak kembali menulis. Happy Blogging.

6 ulasan:

  1. Hahaha wowww welcome back siss!!!

    BalasPadam
  2. wahh bestnya pernah kene review dari abang ben... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. malangnya itu dahulu. sekarang baru nak naik balik blog baru. :D

      Padam
  3. Wecome back :)

    Alahai sayangnya blog lama tu

    gud luck untuk blog baru chaiyo2

    jemput singgah blog CK yang dah berkurun x update hihi

    https://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks... memang sayang. banyak kenangan. Ok.. saya singgah yaaa...

      Padam

Ruang Iklan