Resepi biskut pisang untuk bayi 7m+

Isnin, Julai 29, 2019 4 Komen


Assalamualaikum dan hai para pembaca semua. Seperti dijanjikan semalam aku post di Instagram dan Twitter dan juga Facebook yang aku akan share resepi biskut pisang aku buat.

Semalam ada pisang satu sikat dah masak. Kalau dibiarkan busuk pula nanti. Buat cekodok pisang atau lempeng pisang tu tak boleh simpan pula untuk kudap-kudap si kecil. Kebetulan semalam hari Ahad hari cuti. Cuti-cuti ni aku terasa baik aku buat biskut guna pisang ni. Jadi ni haa... Terjadilah biskutnya.

Aku memang tegaskan makanan berkhasiat dan hanya homemade untuk anakku Alisha sehingga umur 2 tahun. Ini bermakna NO SALT, NO SUGAR, NO ARTIFICIAL, NO SYNTHETIC dan NO UNNATURAL PRESERVATIVES. Bila aku masak sendiri makanan Alisha aku tahu apa bahan-bahan aku letak dan yakin selamat.

Resepi ini memang sesuai untuk bayi berumur 7 bulan ke atas. Ianya cair dimulut. Tapi pastikan bayi itu dah pernah makan pisang ya. Kalau terjadi apa-apa jangan salahkan aku sebab ikut resepi ni seperti dah ternyata dalam DISCLAIMER page aku.



Bahan-bahan

3 biji pisang cavendish (lenyekkan)
1 buku unsalted butter (250g)
2 cawan tepung gandum tanpa bahan pemutih/unbleached flour
2 cawan tepung jagung
3 scoop susu formula (optional)


Aku guna butter ini.

Cara-caranya

  1. Adunkan unsalted butter bersama pisang seperti gambar di bawah.


  2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan pula susu formula. Susu formula ini boleh digantikan dengan susu Full Cream atau Fresh Milk (untuk anak sudah 1 tahun ke atas sahaja). Kalau anak tak minum susu formula hanya breastmilk tak perlu letak pun tak apa.

  4. Aku guna tepung ini. Ada tulis atas tu warna merah tanpa bahan pemutih. tepung Faiza pun sesuai juga.


  5. Kalau doh masih lembik lagi, boleh tambah tepung. Tips: Pastikan tepung gandum dan tepung jagung balance. Ini kerana kalau terlebih tepung jagung nanti rapuh sangat. Kalau terlebih tepung gandum nanti keras sangat.
  6. Kalau tesktur doh sudah okay, boleh lah buat rupa bentuk kegemaran.
  7. Aku buat bentuk ala-ala pisang. Dah nama biskut pisang.


  8. Sapukan sedikit minyak extra virgin olive oil didulang bakar. Sebenarnya tak perlu pun. Saja je nak letak juga. Eh, suka hati aku lah. Resepi aku. Hahahah!!


  9. Lepas sapu minyak baru lah susun ke dulang dulang.


  10. Kemudian bakar guna 120°C dengan 10-15minit (bergantung kepada oven masing-masing)



  11. Sudah siap bakar tu boleh biarkan sejuk dahulu sebelum masuk dalam bekas kedap udara.







  12. SIAP!
Oh ya.. lepas aku update gambar di Instagram dan Facebook. Ada ramai pula kawan-kawan nak beli kalau aku jual. Sebenarnya dah lama aku rasa nak jual baby food ni. Tapi biasalah pasaran kat luar sana lebih hebat lebih banyak. Aku pula bukan tukang masak. Programmer je. Main komputer je. Tiba-tiba main dengan oven pula ye. Disebabkan ada permintaan aku nak mula juga berniaga buat homemade cookies. Permulaan aku buat biskut pisang dulu la. Tapi aku boleh buat kuantiti yang sedikit sahaja. Sebab aku hanya ada masa Sabtu dan Ahad atau Public Holiday. Harga dia? Nanti lah. belum rasmi lagi aku nak berniaga pun. Nanti aku update semula. 

4 ulasan:

  1. sis boleh try and boleh dapat pendapatan sampingan.. hihi.. why not? follow sini #6

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. baru nak try jual ni. dah ada pembeli dah pun. ok Sabtu ni baru nak buat.

      Padam
  2. Wow boleh cuba nie. selalu kalau ada pisang dr kebun, sy buat kek pisang je.. Lepas ni boleh lah try buat biskut pisang pulak. Boleh simpan dan tahan lebih lama..nice2. Thanks for the resepi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pisang pula cepat masak dan busuk. Buat biskut tahan lama sikit. Best la ada pisang kat kebun. Tinggal ambil je. Good luck tau..

      Padam

Ruang Iklan