Sign Offer Letter

Khamis, Ogos 29, 2019 1 Komen


Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.

Hari ini aku rasa gembira. Aku sudahpun tandatangan offer letter kerja baru. Aku dapat kerja Syarikat Antarabangsa yang besar. Wah.. Wah.. bunyinya pun menarik kan. Alhamdulillah rezeki anak. Dah hampir 8 tahun aku dalam bidang komputer programming ini. Dah jadi jiwa aku dah. Laki aku cakap aku ni pelupa sebab dalam kepala otak aku penuh dengan coding. Hahah... Kali ini aku memang nak betul-betul displin dengan masa. Tahulah kebanyakkan pekerja bidang IT ni masa flexible. Tapi kali ini company ni masa strict dengan masa.

Lepas tandatangan, balik ke pejabat hantar pula surat resign. Ya aku dah berjaya bagitahu bos aku yang aku nak resign. Pastu tanya mereka offer lagi tinggi ke? hahah!!! Aku jujur je dah ada offer company lain yang lagi bagus. Lagipun company sekarang aku kerja memang lagi rendah dari expected salary aku. Kenapa aku terima? Sebab aku malas nak pergi interview banyak kali. Penat dah. Dalam masa aku cari kerja banyak-banyak tu tetiba ada pulak dipanggil interview company besar ni kan. Tapi masa tu aku dah mula kerja dah company ni. Tapi why not kira try. mana tahu offer lagi menarik.

Tup Tup lepas seminggu terus dapat result. Wow! aku terpilih dan perlu datang untuk tandatangan offer letter. Ya Allah.. gembiranya aku. Tersenyum je. Susah nak control perasan aku sekarang ni. Laki aku kata jangan gembira sangat nanti menangis. Tapi aku tak boleh nak control. Dah terasa ringan mulut untuk senyum je ni.


Image credit: Designed by katemangostar / Freepik

1 Komen:

Nak Resign?

Rabu, Ogos 28, 2019 0 Komen


Assalammualaikum dan hai.

Aku baru je sebulan lebih tukar kerja. Masih lagi dalam probation. Tapi aku dapat offer lagi menarik dan company tu dah lama dalam industri. Jadi aku dah keliru nak bagitahu bos apa aku nak berhenti kerja ni. Lebih-lebih lagi kerja sekarang melibat coding Backend dan perlu belajar bahasa baru Angular, C Sharp. Otak aku ni dah tepu nak belajar bahasa baru. Lebih-lebih lagi kena buat sendiri. Belajar dari Internet. Mengantok wei...

Pada mulanya memang bagus aku improve diri aku bukan sahaja Frontend tapi mahir juga dengan Backend. Tapi lately aku rasa tak kena dengan jiwa aku. Aku masih ke arah design. Lebih suka Frontend Designer. Kalau tak minat buat apa kita teruskan. Ya tak... Jadi baik kita buat benda kita suka.

Jadi, aku decide nak tukar kerja. Berbalik kepada soalan tadi. Macam mana nak bagitahu bos. Aku dah bagitau IT manager. Dia tanya kenapa. Then dia suruh cakap sendiri dengan bos. Dia dah Whatsapp bos. Tak tau lah bos datang ke tak hari ini. Aku kena Whatsapp dulu bos. Kalau boleh nak kerja sampai hujung bulan ni. Boleh aku mulakan kerja awal bulan depan. Gaji pun senang kira nanti. Ada any idea tak nak buat ayat macam mana nak Whatsapp bos? Atau direct je I want to resign. Aduh... pening...


Image credit: Designed by Waewkidja / Freepik

0 Komen:

Giveaway-02 by Ematunz

Selasa, Ogos 27, 2019 0 Komen

Lepas umum pemenang untuk first giveaway, ematunz.blogspot.com terus buat second giveaway.

Hadiah kali ni lain machiam sikit, iaitu gambar portrait digital. Jika terpilih, uols boleh dapatkan sendiri punya gambar siap edit, ala ala lukisan gittuw, boleh guna letak kat wallpaper ke, default photo pun boleh tau. 

Klik gambar di bawah kalau nak join Giveaway-02:


Hadiah apa tu? Hah, pinjam japp gambar ematunz, ini adalah contoh hadiah (dalam bentuk gambar siap edit) seperti dibawah:

Lukisan digital oleh Aeisha Lisa

Semoga terpilih. Thankyou sudi join giveaway ematunz.blogspot.com.

0 Komen:

Tomato Paste Homemade untuk bayi

Rabu, Ogos 21, 2019 0 Komen


Assalammualaikum dan hai para pembaca.

Hari ini aku nak berkongsi macam mana untuk buat tomato paste untuk diletakkan di dalam masakan anak nanti. Maklumlah untuk bayi bawah 2 tahun tidak digalakkan makan atau minum garam, gula dan juga perasa tambahan. Jadi aku buat tomato paste ini pun sebab nanti aku nak buat bihun goreng. Boleh juga buat sambal nasi lemak. Nama je sambal tapi versi bayi ni tak pedas sebab gunakan tomato. Macam-macam lagi resepi boleh buat dengan letak tomato paste ni. Resepi yang lain akan dikongsi di lain post entry.

Bahan-bahan

2 biji tomato
1 biji capsicum merah
1 batang lobak merah
1/2 batang celery (aku guna sayur sawi je)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-caranya

  1. Blend kesemuanya bahan-bahan tadi dengan air yang mencukupi.
  2. Masak sehingga air kering dan agak pekat tomato paste tersebut.
  3. sejukkan dan terus boleh masukkan dalam kiub ais.
  4. Bila dah beku keluarkan dari kiub ais tu masuk dalam plastik kedap udara.
  5. SIAP!
Eh? Dah siap? Macam tu je?? Senang je kan... Nak masak nanti hanya ambil beberapa kiub yang diperlukan. Macam contoh pagi tadi aku masak untuk si Alisha hanya 2 kiub saja. Boleh tahan dalam peti ais tempat beku tu selama sebulan.

0 Komen:

Giveaway-01 by Ematunz

Rabu, Ogos 21, 2019 1 Komen

Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.

Klik gambar dibawah untuk join:

Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw

Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat. 

Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.




1 Komen:

Hidup Tanpa Internet

Selasa, Ogos 13, 2019 2 Komen


Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.

Hari ni aku nak cerita mengenai aku dan family kecil aku dah berjaya menjalani kehidupan tanpa internet selama 5 hari sudah. Tanpa Internet? Ya, tanpa Internet walaupun smart phone. Eh? kalau tanpa Internet macam mana aku boleh post entry ni kan? hahah!!

Sebenarnya tak ada lah tanpa Internet pun. Ini semua gara-gara bil telefon aku dah kena suspended. Aku tak bayar bil lagi laaa... Maklumlah sejak kebelakangan ni aku tengah kesempitan wang.

Kami sekeluarga cari WiFi free kat mamak. Pinjam hotspot orang. Semua untuk hubungi orang. Buat benda penting je. Aku update blog ni pun sebab aku ada kat office. Kerja dah siap. rehat jap ngan blogging. Telefon aku guna WiFi office.

Kami tidak boleh buat panggilan keluar tetapi masih boleh terima panggilan masuk. Jadi buka WhatsApp guna WiFi free hubungi sesiapa suruh telefon kami.

Apa perasaan aku bila tak ada Internet ni bila di rumah? Memang bosan yang amattttttt.... Tapi dari segi kebaikkannya. Aku banyak habiskan masa bersama anak dan suami. Suami aku pun tak ada dah main game sampai lewat malam main PUBG kan. Sekarang kami malam-malam borak bercerita je. Main game pun tak perlu pakai Internet.

Main game classic macam TARZAN atau Age of Empire II dalam pc aku ni. mengimbau nostalgia masa mula-mula aktif pegang pc zaman dulu-dulu. Aku dan keluarga juga banyak bermain mainan anak kami. Masa ni entah kenapa mainan dia paling best. Hahah!!!

Oklah.. tak boleh bercerita panjang-panjang. Gara-gara aku tengah bekerja di pejabat ni. Babai...



Image credit: Wronghands1

2 Komen:

Buat duit dengan Apps je?

Jumaat, Ogos 09, 2019 1 Komen


Assalammualaikum dan hai para pembaca semua.

Hari ini aku nak cerita tentang cara mudah untuk dapatkan duit tanpa modal. Bagaimana caranya? Hanya guna applikasi CASHZINE. Jangan risaulah. Applikasi ni percuma je di sini Appstore dan Playstore.

Otak ni masih tak boleh proses. Rasa macam tak percayalah. Mana ada orang nak bagi duit macam tu je. Tengok lah gambar bawah ni mereka yang dah berjaya kumpul duit melalui CASHZINE.

Macam Mana nak guna Aplikasi CASHZINE ni?

Kalau nak dapat duit, korang kena baca seberapa banyak artikel dalam Aplikas CASHZINE. Tak pun korang scroll je. Dari korang scroll Facebook, Instagram, Twitter korang, lebih baik korang scroll artikel dalam CASHZINE ni. Lepas baca artikel korang akan dapat rewards dalam bentuk Coins. Setiap artikel yang dah baca dalam masa yang tertentu korang akan dapat 50 coins. Kumpul coin tu banyak-banyak pastu tukarlah dalam RM pula. Coins tu diberikan ada limit tau. Sehari korang boleh kumpul 5,000 coins. Kalau nak lagi kena baca lagi keesokkan hari la pula.

Bila coins korang kumpul dah sampai 10000, korang boleh lah tukar jadi duit. 10000 coins ni sama dengan RM1. Jadi, korang pandai-pandailah nak cashout banyak mana. Nak kumpul dulu banyak-banyak baru nak cashout ke atau dah sampai RM1 baru nak cashout suka hati laaa...Senang je kan...

Cara Mendaftar dan kumpul coins

Benda ni senang je. Ada tulis kat situ step-step dia. Tapi install dulu app di Appstore dan Playstore ni baru boleh register. Ok. Aku sertakan gambar di bawah ni step dia.

Lepas install CASHZINE boleh lah buka Apps tu. Kemudian tekan "Create an account"

Isilah maklumat korang di sini.

Sekarang korang buka email korang. Nanti dia bagi satu link kat email tu. Tekan link itu untuk aktifkan akaun.

Lepas klik link dari email tu dia akan keluar benda ini. Kemudian kembali semula masuk Apps CASHZINE.

Sekarang login details akaun yang korang daftar tadi.

Tengok kat bulatan atas tu 0 je coins. Sekarang bagi nak dapat 8000 coins free tekan kat bulatan merah bawah tu.

Sekarang masukkan nombor 1860131

Tadaaaa... tengok atas tu.. da dapat 8000 coins dah. Jadi tinggal 2000 coins dah boleh tukar kepada wang ringgit.

Ini lah artikel yang ada di CASHZINE ni. Macam contoh aku klik artikle KFC.

Tu dia keluar artikel KFC. Nampak arrow tunjuk kat bawah tu. Tu la coins kita akan dapat.

Jadi apa lagi. Jom la install Apps CASHZINE dan jana pendapatan tambahan sekarang. Tak rugi apa-apa pun. Free je... Jangan lupa masukkan nombor Invitation Code 1 8 6 0 1 3 1 untuk tebus 8000 coins FREE.

Background cover image credit: Designed by macrovector / Freepik

1 Komen:

Hidup Baru

Khamis, Ogos 08, 2019 0 Komen



Assalammualaikum dan hai para pembaca.

Tahun 2019 merupakan tahun yang mencabar bagi aku dan keluarga kecil aku. Bulan April lepas aku baru berpindah rumah baru. Tidak lagi menumpang rumah orang lain. Maklumlah kalau pindah rumah baru banyak nak pakai duit. Lepas berpindah rumah, aku berpindah tempat kerja pula.

Jadi sekarang ni aku mulakan hidup baru di tempat baru dan persekitaran yang baru. Tapi tempat baru tu dalam Kuala Lumpur juga. Best rasanya kalau aku tidak bekerja tinggal jauh dari kawasan bandar. Bercucuk tanam makanan sendiri. Angan-angan je tu. Kalau aku tak kerja habislah kereta aku kena tarik. Takkan nak harapkan duit suami sedangkan dia ada banyak lagi komitment lain.

Laki aku pernah kata yang sepatutnya aku tak perlu kerja di luar. Kerja di rumah jadi surirumah saja. Itupun kalau gaji dia besar. Disebabkan kami cukup-cukup makan aku pun berkerja membantu suamiku. Biasalah. Kami baru fasa-fasa awal perkahwinan. Adalah masalah kewangan. Baru nak suaikan hidup berdikari sendiri dengan keluarga kecil ni.

Bulan Julai lepas merupakan tahun kedua perkahwinan kami. Barang makanan anak kami, Alisha Sabrina memang mahal. Sudah semestinya ibu bapa nak terbaik untuk anak-anak kan. Dapatkan nutrisi yang secukupnya. Takkan makan nasi dengan telur je. Mak bapaknya makan megi pun tak apa. Lebih-lebih lagi ini anak pertama kami.

Walaupun anak kami dah cecah umur setahun. Aku masih lagi rasa bagaikan mimpi. Eh? Aku dah ada anak? Dah pandai jalan dah dia. MasyaAllah... Anugerah terindah. Pemandangan paling indah bila bangun pagi. Lihat anak dan suami tidur. Alhamdulillah aku diberikan rezeki mempunyai keluarga sendiri. Dari segi keuwangan pula, biarlah kami mak bapak fikirkan. Biar kami berlapar asalkan anak sihat. 

0 Komen:

Pengasuh

Rabu, Ogos 07, 2019 7 Komen


Assalammualaikum dan hai para pembaca.

Susah hati ibu bapa nak cari pengasuh. Bila dah jumpa pengasuh yang ok tapi kawasan pula tak ok. Kalau pengasuh tak ok tu tak payah cakap lah. Banyak sangat kes-kes di luar sana. Dilema rasa nak hantar anak. risau.

Aku dah tiga kali tukar pengasuh. Yelah anak sulung. Mana ada pengalaman kan. Jadi pertama kali aku hantar dekat kawan mak aku. Biasa lah dah nama pun orang tua kan. Mesti ada pantang larang petua semua bagai. Tapi bagi aku petua semua macam dah tak relevan untuk zaman sekarang. Mana taknya anak aku masa tu umur 3 bulan boleh pula sumbatnya biskut mary dengan air kosong. Katanya dia lapar. Asyik nangis macam kena dera. Risau jiran-jiran report pula. Padahal dengan bagi bayi makan dan minuman sebelum umur 6 bulan selain susu merupakan dera juga tu. Itupun kantoi bila tiba-tiba anak aku muntah biskut warna kekuningan. Susu kan kalau muntah warna putih. Jadi aku tukar lah pengasuh lain. Carilah pengasuh lebih muda.

Ya, aku jumpa pengasuh muda. Sebaya jugalah dengan aku. Tapi fuhh.... ramainya dia jaga. Dalam 10 orang lah. Semua bayi kecil-kecil. Aku hairan Ibu bapa mereka percayakan dia. Dia jaga ok. cantik kemas. Orangnya pun nampak bersih. Jenis tak suka duduk diam. Sentiasa nak buat kerja. Sebab tu la dia boleh jaga anak ramai. Tapi satu je la. Anak aku takut ngan dia. Setiap kali nak hantar. Naik lif rumah tu je dia dah menangis. Pengasuh ni garang. Suara lantang. Maklumlah jaga ramai budak. Semua budak takut ngan dia. Termasuk anak dia dua orang.

Kalau ikutkan aku masih lagi ngan pengasuh garang ni. Tapi sekarang aku sudah berpindah rumah. Jadi aku carilah pengasuh dekat lebih dekat. Alhamdulillah pengasuh kali ni semua ok. Aku pula memang bawa bekal untuk dia makan. Jadi pengasuh ni memang tak bagi apa-apa makanan selain makanan aku bagi tu. Anak aku manja betul dengan dia. Sampai depan rumah terus nak pergi kat pengasuh tu. Pastu cepat-cepat dia bye bye nya aku. Amboiiiii....

Tapiiiii... Ada masalah sikit. Pengasuh dah bagus. Jaga anak pun tip top. Masalahnya kawasan rumah dia. Penuh dengan warga asing. Dalam lif tu memang penuh padat dengan orang dia. Lif kejap rosak kejap elok. Tunggu lif je dah lama. Kawasan kotor yang amat.. Tikus merata-rata. Sihat-sihat semua tikus kat situ. Kawasan pembiakkan nyamuk dengi pula tu. Bahaya ni untuk kesihatan anak aku.

Jadi sekarang aku masih lagi mencari pengasuh. Kalau ada kawan Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama atau mana-mana area dari Bukit Jalil ke Pantai Dalam tu. Halo-halo lah aku ya...

7 Komen:

Kerja, blog dan coding

Selasa, Ogos 06, 2019 4 Komen


Assalammualaikum dan hai semua para pembaca. Macam aku beritahu yang aku sudah kembali dari blog post SINI. Jadi memang betullah aku nak kembali. Disebabkan blog ini masih baru. Aku terlebih fokus pula nak hias-hias blog ni.

Pengenalan sedikit ya. Aku seorang Frontend Developer. Developer tu bukan kerja buat rumah tu ya. Ini buat website ataupun system ataupun yang melibatkan komputer dan internet tuuu.. Jadinya aku sibuk menghias blog aku di pejabat.

Aku banyak kerja coding semua nak buat. Sekarang dah kul 7 lebih aku masih belum siap lagi satu page. Apa nak jadi!? Aku hilang fokus bila aku buka blog ini. Aku bukak blog. Pastu duk fikir nak tukar lah warna ni jadi ungu. Nak tukar yang ini pula jadi merah jambu. Leka hias blog tengok jam dah petang.

Kat pejabat ni aku ada 2 skrin komputer. Sebelah kanan coding kerja dan sebelah kiri coding blog. Lepas aku bosan buat coding kerja pejabat aku rehat sekejap buat coding blog ini pula. Ya, blog ini aku design sendiri dan buat sendiri. Seperti blog aku yang pernah terkenal dahulu. (Eh? ye la tu terkenal.) Aku suka ubah design blog ini mengikut perayaan di Malaysia. Akan datang Raya Haji. Mungkin kalau aku rajin aku ubah design tema Raya Haji pula. Tapi mungkin tidak untuk blog ni. Susah pula asyik tukar je. Kalau tukar pun maybe gambar header atas tu je la kot.

Dah la.. Dah malam ini. Maghrib pun dah masuk. Nak balik. Anak comel aku menunggu di rumah. Bye..

Image credit: Designed by Yanalya / Freepik

4 Komen:

Resepi Blueberry Cheese Cupcake untuk bayi

Jumaat, Ogos 02, 2019 4 Komen


Assalammualaikum dan hai para pembaca semua. Biskut sudah. Hari ini aku nak share resepi Blueberry Cheese Cupcake pula. Resepi ini sesuai untuk bayi berumur 8 bulan keatas.

Sebenarnya dah lama aku buat tapi aku tak ingat bila. Baru harini rasa nak share. Tak silap aku buat ni masa ulang tahun kelahiran anak aku yang pertama. Maklumlah dia mana boleh makan kek manis-manis yang ada di pasaran luar sana. Baik buat sendiri kat rumah kan. Boleh tau bahan-bahan apa dalam tu. Paling penting NO SALT, NO SUGAR, NO ARTIFICIAL, NO SYNTHETIC dan NO UNNATURAL PRESERVATIVES.

Bahan-bahan

1 bekas blueberry yang jual di pasaraya tu
2 sudu cream cheese brand Tatura
agak-agak tepung gandum tanpa bahan pemutih/unbleached flour
1/2 cawan susu full cream Goodday (optional jika anak sudah umur setahun)

Cara-caranya


Inilah blueberry yang aku beli di pasaraya.


  1. Basuh blueberry dan blend halus.
  2. Campurkan cream cheese dan susu dalam mixer sehingga sebati dan cheese tidak berketul. Jika masih bawah setahun boleh campurkan dengan susu fm dalam 5oz.






  3. Kemudian masukkan blueberry tadi.







  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Aku gunakan tepung tanpa bahan pemutih dari Cap Lili. Jangan terlalu banyak nanti keras dan jangan terlalu sedikit nanti lembik pula.





  5. Masukkan dalam cup adunan. Aku guna yang zink punya. Nanti boleh basuh dan guna lagi. Tak membazirlah dari guna cupcake yang kertas tu kan.




  6. Nampak macam kosong sangat pula. Apa kata aku hias dengan buah mangga. Alang-alang ada buah mangga dalam peti ais tu. Maka jadilah macam bawah ni.




  7. Sekarang kita nak kukus pula. Kukus sehingga masak. Disebabkan laki aku tetiba je beli Multicooker Cuckoo ni. Aku pun gunalah kemudahan apa yang ada.




  8. Aku tekan menu steam cook. Jadi biar sahaja sehingga masak. Kalau yang tak ada Cuckoo ni, kukuslah macam biasa sehingga masak. Cucuk dengan garfu. Kalau adunan tadi tidak melekat di garfu maknanya sudah masak.




  9. Tadaaa.. sudah siap...

budak kecik ni pun nak tolong buat juga... sibuk je kan..

4 Komen:

Ruang Iklan