Hidup Tanpa Internet

Selasa, Ogos 13, 2019 2 Komen


Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.

Hari ni aku nak cerita mengenai aku dan family kecil aku dah berjaya menjalani kehidupan tanpa internet selama 5 hari sudah. Tanpa Internet? Ya, tanpa Internet walaupun smart phone. Eh? kalau tanpa Internet macam mana aku boleh post entry ni kan? hahah!!

Sebenarnya tak ada lah tanpa Internet pun. Ini semua gara-gara bil telefon aku dah kena suspended. Aku tak bayar bil lagi laaa... Maklumlah sejak kebelakangan ni aku tengah kesempitan wang.

Kami sekeluarga cari WiFi free kat mamak. Pinjam hotspot orang. Semua untuk hubungi orang. Buat benda penting je. Aku update blog ni pun sebab aku ada kat office. Kerja dah siap. rehat jap ngan blogging. Telefon aku guna WiFi office.

Kami tidak boleh buat panggilan keluar tetapi masih boleh terima panggilan masuk. Jadi buka WhatsApp guna WiFi free hubungi sesiapa suruh telefon kami.

Apa perasaan aku bila tak ada Internet ni bila di rumah? Memang bosan yang amattttttt.... Tapi dari segi kebaikkannya. Aku banyak habiskan masa bersama anak dan suami. Suami aku pun tak ada dah main game sampai lewat malam main PUBG kan. Sekarang kami malam-malam borak bercerita je. Main game pun tak perlu pakai Internet.

Main game classic macam TARZAN atau Age of Empire II dalam pc aku ni. mengimbau nostalgia masa mula-mula aktif pegang pc zaman dulu-dulu. Aku dan keluarga juga banyak bermain mainan anak kami. Masa ni entah kenapa mainan dia paling best. Hahah!!!

Oklah.. tak boleh bercerita panjang-panjang. Gara-gara aku tengah bekerja di pejabat ni. Babai...



Image credit: Wronghands1

2 ulasan:

  1. sekali sekala best juga macam tu, boleh luangkan masa banyak dengan keluarga. congrats mampu bertahan 5 hari hehe

    BalasPadam
  2. Wahhh tahniah berjaya hidup tanpa internet. Kalau Bell tak tahu la boleh hidup ke tak kalau tak ada internet. Boleh kot cuma nanti asyik nak tengok fon je walaupun fon tak ada internet. hehehe

    BalasPadam

Ruang Iklan