Kerja, blog dan coding

Selasa, Ogos 06, 2019 4 Komen


Assalammualaikum dan hai semua para pembaca. Macam aku beritahu yang aku sudah kembali dari blog post SINI. Jadi memang betullah aku nak kembali. Disebabkan blog ini masih baru. Aku terlebih fokus pula nak hias-hias blog ni.

Pengenalan sedikit ya. Aku seorang Frontend Developer. Developer tu bukan kerja buat rumah tu ya. Ini buat website ataupun system ataupun yang melibatkan komputer dan internet tuuu.. Jadinya aku sibuk menghias blog aku di pejabat.

Aku banyak kerja coding semua nak buat. Sekarang dah kul 7 lebih aku masih belum siap lagi satu page. Apa nak jadi!? Aku hilang fokus bila aku buka blog ini. Aku bukak blog. Pastu duk fikir nak tukar lah warna ni jadi ungu. Nak tukar yang ini pula jadi merah jambu. Leka hias blog tengok jam dah petang.

Kat pejabat ni aku ada 2 skrin komputer. Sebelah kanan coding kerja dan sebelah kiri coding blog. Lepas aku bosan buat coding kerja pejabat aku rehat sekejap buat coding blog ini pula. Ya, blog ini aku design sendiri dan buat sendiri. Seperti blog aku yang pernah terkenal dahulu. (Eh? ye la tu terkenal.) Aku suka ubah design blog ini mengikut perayaan di Malaysia. Akan datang Raya Haji. Mungkin kalau aku rajin aku ubah design tema Raya Haji pula. Tapi mungkin tidak untuk blog ni. Susah pula asyik tukar je. Kalau tukar pun maybe gambar header atas tu je la kot.

Dah la.. Dah malam ini. Maghrib pun dah masuk. Nak balik. Anak comel aku menunggu di rumah. Bye..

Image credit: Designed by Yanalya / Freepik

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda #13

    Jom follow blog www.iyaseo.id

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. sudah follow juga. #77

      Padam
  2. wahh bestnya jadi front-end developer, I wonder what will I do after graduating TT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Almost all my classmate after graduate they not continue in IT field. Ada pramugari, ada kerani je, ada nurse lelaki, pegawai kastam and etc. Pastikan apa yang you belajar dengan minat bukan berhenti tengah jalan atau sekadar graduate.

      Padam

Ruang Iklan