Setahun di dunia baru

Ahad, September 13, 2020 0 Komen


Assalammualaikum dan selamat sejahtera para pembaca. Terima kasih kerana ada juga yang masih sudi membaca. Fuh.. dah setahun rasanya tiada apa-apa post blog. Last post pun pasal tandatangan offer letter.

Ya, aku sudah kerja di tempat baru. Biasanya kalau orang baru mula bekerja di tempat baru ni mesti relax-relax dulu. Santai dulu. Catch up apa plan bisnes. Apa perlu buat. Betul tak? Tapi aku masuk kerja baru ni terus aku dah ada kerja berlambak-lambak. Menimbun-nimbun. Tak sempat nak tarik nafas.

Korang bayangkan masuk je kerja dah suh buat tu ni. Minggu ke dua kerja orang tu dan ni datang tempat duduk aku bagitau buat itu ini. Bunyinya macam "hahah!! Ika kena buli buat kerja orang." Tapi tidak. Aku buat kena buli. Sebab memang itu job scope aku. Makin lama aku kerja sini. Makin seronok. Walaupun aku bagitahu kerja aku banyak dan berlambak. Aku suka dengan kerja aku. Aku boleh buat kerja tu. Memang bidang yang aku minat. Orang lain pun sama juga berlambak kerja. Kerja banyak kena la guna ngan gajinya kan.. Benefits company ni takyah cerita panjang la. memang best. Tak stress. Sebab tu makin seronok.

Sekarang sudah bulan September 2020. Maksudnya dah setahun aku kerja di sini. Macam-macam sebenarnya berlaku sepanjang aku tak berblogging ni. Aku sebenarnya sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua. Waktu aku kerja tempat baru ni lah aku pregnant. Rezeki anak-anak. Tahun ni juga kecoh kan dengan virus tengah menyerang seluruh dunia sekarang ni. Aku pun kerja di rumah.

Memang lama juga aku duduk di rumah ni. Dah PKP kerja di rumah. Kemudian aku cuti berpantang 2 bulan pula. Tu belum lagi cerita anak aku masuk wad sebab batuk teruk. Aku tengah pregnant tu jaga anak aku kat hospital. Nampak tak busy tak busy life aku sampai setahun lebih aku tak berblogging.

Sekarang ni anak kecil aku dah nak masuk umur 3 bulan. Anak lelaki. Sulung perempuan. Alhamdulillah dapat dah sepasang. Pastu kilang rehat la kejap dalam 5-6 tahun ke. Nak ambik perancang keluarga. Leh aku rehat-rehat kuruskan badan, cantik-cantik, buat aktiviti sedikit.

Oh ya. Aku baru sahaja masuk kerja setelah cuti bersalin 2 bulan. Aku masuk kerja saja banyak berita aku dapat. si polan tu dah benti kerja. si polan polan baru berhenti. si polan ni pula sudah bagi notis bulan ni last. Orang lama-lama la banyak dah berhenti. Kemudian department aku pula sudah pindah sementara waktu di bangunan lain sehingga hujung bulan Oktober. November pula semua department berpindah di office Subang. Makin jauh tempat kerja aku. Dengar cerita office tu nak buat macam office Google. Open office concept ataupun ruangan terbuka. Ada pokok-pokok, kehijauan, angin luar masuk. Tengok plan office pun macam cantik.

Berita baiknya pekerja boleh pilih Alternatif Office (AO). Kena isi borang permohonan tu. Aku apa lagi memang nak la. AO aku adalah rumah aku. Terbaikk... Dengar-dengar permohonan aku diterima.. hahahah!!!

0 Komen:

Ruang Iklan